This is default featured slide 1 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly.

This is default featured slide 2 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly.

This is default featured slide 3 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly.

This is default featured slide 4 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly.

This is default featured slide 5 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly.

Maya Karin teruja dapat watak perempuan psiko

Posted by Chen-Chen 0 comments

Pelakon yang popular dengan watak pontinak dalam filem “Pontianak Harum Sundal Malam”, Maya Karin akui dia berasa teruja untuk menjayakan watak sebagai seorang perempuan yang mempunyai masalah mental atau psiko untuk filem terbarunya “Jwanita”.

Menurut Maya, dia sebelum ini hanya dikenali di mata penonton sebagai watak hantu dan watak baik sahaja.

“Saya dah tidak mahu jadi hantu, saya cakap dekat abang Osman saya sudah tidak mahu berlakon watak hantu lagi,” kata Maya.

Ditanya adakah dia ada membuat rujukan untuk memahami dan menjiwai karakter sebagai perempuan psiko.

“Saya tak suka nak buat rujukan untuk cuba menjiwai watak ini kerana saya tak mahu nanti saya akan terikut-ikut dan meniru.

“Saya mahu ikut naluri saya dan cuba terjemahkan apa yang saya faham daripada watak ini,” katanya lagi.

Maya yang akan memegang watak sebagai Jwanita iaitu seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam.

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan, doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Namun segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan, Jwanita muncul semula bersama dendam yang lama tersimpan.

Filem arahan Osman Ali dan dibarisi pelakon hebat seperti Bront Palarae, Marsha Milan Londoh dan Cristina Suzanne akan memulakan penggambaran pada 30 Jun ini.

Kilafairy jaga pemakanan untuk wajah kulit cantik

Posted by Chen-Chen 0 comments

Aktres filem muzikal "Hoore! Hoore!" dan juga penyanyi Kilafairy seringkali tampil cantik dengan kulit wajah berseri. Malah kulit wajahnya kelihatan semakin mulus dan lebih sekata apabila dilihat dari dekat.

Ditanya apakah rahsia kecantikan wajah gadis berusia 21 tahun ini, Kilafairy lantas tersipu malu lalu memberitahu tiada apa yang mejadi amalan selain daripada membersihkan wajahnya dengan sabun Phytobar.

"Saya tidak perasan kulit wajah saya semakin cerah selepas menggunakan sabun ini. Pada mulanya saya hanya ingin mencuba kerana tertarik dengan kandungan 18 jenis herba. Saya jenis yang tidak gemar membeli produk yang menggunakan bahan kimia. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan saya," ujar Kilafairy ketika ditemui di majlis pelancaran butik miliknya, Rack di The 19 USJ City Mall, Subang Jaya.

Phytobar adalah produk keluaran Korea yang dirumus khas daripada campuran 18 jenis herba semulajadi tanpa bahan kimia yang berkualiti dipercayai mampu untuk mengurangkan jerawat, bintik hitam, mencerahkan kulit yang kusam, malah ianya berfungsi sebagai pembersih alat solek, kotoran dan minyak.

Pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jahangir Khan ini turut sempat berkongsi tips bagi mendapatkan kulit wajah cantik dan halus.

"Tiada apa-apa yang saya lakukan selain daripada mencuci muka sebelum dan selepas tidur. Penjagaan pemakanan juga penting. Oleh itu saya akan kurangkan mengambil makanan yang berminyak dan berkolestrol kerana ia boleh menyebabkan jerawat timbul di wajah."

Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal muncul dengan lagu single terbaru berjudul "Pasti" yang digubah sepenuhnya oleh bekas peserta "Akadami Fantasia" musim ketiga, Amylea.

“Jwanita” taruhan terbaru Osman Ali

Posted by Chen-Chen 0 comments

Pengarah filem terkenal, Osman Ali bakal mempertaruhkan sebuah lagi karya berjudul “Jwanita” dimana genre psiko seram cuba diketengahkan.

Menurut Osman, walaupun genre filem ini agak baru namun ujarnya, dia percaya filem ini pasti senang untuk difahami.

“Filem ini berbeza sedikit kerana ia mudah difahami dengan membuat sedikit perbezaan yang menarik namun ia tidak mengelirukan. Saya ambil masa sebulan untuk membentuk jalan cerita ini,” ujar Osman Ali yang mendapat inspirasi untuk menghasilkan “Jwanita” ini selepas menonton beberapa filem yang memgenengahkan genre yang sama.

Filem “Jwanita” ini mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal dari ibu bapa angkatnya yang juga seorang pengamal ilmu hitam. Disebabkan penderitaan yang ditanggung, Jwanita mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan mentalnya bercelaru.

Akibat tidak tahan dengan penderaan yang dialami, jwanita telah membunuh kedua ibu bapa angkatnya dan dihantar ke pusat pemulihan untuk membantu memulihkan keadaan mentalnya. Selepas melihat keikhlasan Farhan di dalam menbantu dirinya untuk dirawat, akhirnya Jwanita menyimpan perasaan cinta terhadap Farhan.

Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita.

Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan satu dendam kesumat.

Banyak plot dan perkembangan cerita yang bakal digarap oleh Osman Ali untuk memastikan filem ini mendapat tempat di hati penonton.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan Londoh dan Cristina Suzanne, filem terbitan Nuasa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd akan menjalani penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.

Anzalna enggan balas notis tuntutan Neelofa

Posted by Chen-Chen 0 comments

Aktres Anzalna Nasir terus berdiam diri dan enggan membalas notis tuntutan kepada peguam aktres dan pengacara "Nona", Neelofa walaupun tempoh tujuh hari tersebut sudah berakhir.

Dipetik dari akhbar Berita Harian, Anzalna sebaliknya mahu menyerahkan permasalahan antaranya dan Neelofa kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.

Menurutnya, dia bertindak enggan membalas notis tersebut selepas mendapat nasihat daripada SENIMAN yang mahu kedua-dua mereka bersemuka dan menyelesaikan masalah di luar mahkamah.

"Jika Neelofa berkeras mahu membawa kes ini ke mahkamah, silakan. Saya sudah bersiap sedia dengan bukti dan di atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis," ujar Anzalna.

Jelasnya lagi, walaupun dia sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes ini, namun dia masih menyerahkannya kepada SENIMAN untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapinya itu.

Aktres berusia 24 tahun ini kini sedang menunggu tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla yang akan dirancang oleh SENIMAN.

Sementara itu, Zed Zaidi selaku Presiden SENIMAN berkata, pihaknya masih belum lagi menetapkan tarikh bagi membincangkan isu tersebut.

"Saya belum bertemu Neelofa dan masih menunggu laporan Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN. Apabila laporan itu sudah keluar dan tarikh dipilih, kami akan bersemuka untuk berbincang dengan mereka," katanya.

Pada 13 Jun lalu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor telah memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna untuk tampil mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap tuduhannya dalam artikel "Anzalna bidas Neelofa" yang disiarkan dalam sisipan BiPop bertarikh 10 Jun 2012.

Sepuluh bintang terkenal tanpa bakat

Posted by Chen-Chen 0 comments

Pernah tak anda membaca akhbar atau melayari internet dan melihat wajah-wajah ini? Mereka popular. Anda kenal siapa mereka. Namun apabila diminta untuk menjelaskan apa yang membuatkan mereka popular, anda tidak tahu jawapannya. Media Hollywood menggelar mereka 'Fame w****'. Lady Gaga mungkin menggelarnya 'Fame Monster'. Mereka terkenal kerana menjadi terkenal atau dalam bahasa Inggerisnya "Famous for being famous" dan menjadi isu di Amerika kerana kehadiran mereka melambangkan pencemaran kepada definisi populariti dan kejayaan sebenar.

Begitu ramai untuk disenaraikan tetapi kami telah memilih sepuluh yang terbaik dan paling menjengkelkan.

PARIS HILTONTahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 5/10

Kami harus akui, sebagai waris harta Hilton, Paris sebenarnya masih memiliki bakat sebagai seorang usahawan. Dia menjual produknya dengan cara memperbodohkan diri dan menjadikan dirinya bahan kutukan. Sementara semua orang memperkotak-katikkannya, Hilton terus mengumpul keuntungan. Genius!

Namun dia berada di tempat pertama dalam senarai kerana tanpa Hilton, tiada siapa akan kenal siapa Nicole Richie, Kimberly Stewart, Kim Kardashian dan semua pengikut-pengikutnya. Tanpa Hilton, tiadalah tradisi pita seks buatan sendiri, hukuman penjara selebriti, pertunangan sekejap, penghasilan single menggunakan teknologi auto-tune, rancangan realiti TV atau istilah “celebutante” (golongan elit yang menjadi terkenal hanya kerana kekayaan dan rupa paras menarik dimilikinya).

NICOLE RICHIE
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 5/10

Dia popular kerana dia anak angkat Lionel Richie. Namun itu tidak cukup buat Richie, lalu dia membuat keputusan untuk menumpang nama rakan karibnya Paris Hilton dan bersama-sama, membintangi siri TV "The Simple Life". Namanya mula masyhur dan dia menggunakannya dengan menjadi ilham pereka terkemuka Rachel Zoe. Namanya pudar seketika selepas pergaduhannya dengan Paris Hilton dan kembali popular apabila dia hamil anak kepada pemuzik Good Charlotte, Joel Madden. Kemudian dia popular kerana gayanya sepanjang waktu kehamilan dan tidak lama selepas itu menjadi popular kerana menjadi ibu Harlow Madden. Kemudian anda terlupa, siapa sebenarnya wanita ini?

KIM KARDASHIAN
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 2/10

Tiada siapa peduli bila mereka tahu Kim adalah anak kepada peguam OJ Simpson yang bernama Robert Kardashian. Tiada siapa peduli dia anak tiri olahragawan olimpik, Bruce Jenner. Dia mula terkenal selepas menjadi rakan karib kepada Paris Hilton. Selepas itu, pita seksnya tersebar dan nama Kim mula menjadi sebutan. Ryan Seacrest nampak aura keuntungan yang mengelilingi wanita dengan ratio dada dan punggung yang seimbang ini, maka Kim dan keluarganya ditawarkan untuk menjadi bintang realiti televisyen. Dia mula memasuki dunia modeling, mereka fesyen, minyak wangi, berlakon filem spoof dan menghasilkan single yang begitu berat dengan penggunaan auto-tune. Dia berkahwin dan bercerai dengan Kris Humphries, dia bercinta dengan Kanye West dan dia terus menjadi kaya-raya. Semuanya bermula denga pita seksnya.

KIMBERLY STEWART
Tahap Popular: 6/10
Bakat Sebenar: 5/10

Anda mungkin sangka Kimberly akan memiliki bakat yang sama seperti bapanya, legenda Rod Stewart. Sekurang-kurangnya Liv Tyler, seorang lagi anak kepada bintang legenda Steven Tyler, berjaya menjadi pelakon terkenal tanpa perlu bantuan bapanya. Namun begitu, selain daripada menjadi rakan karib dan rakan gaduh Paris Hilton, meniduri Tommy Lee dan jatuh motosikal, anda ingat apa lagi jasanya terhadap dunia?

KEVIN FEDERLINE
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 1/10

Kalau bukan kerana Britney Spears masih lagi bersedih atas perpisahannya dengan Justin Timberlake dan berada dalam mod 'rebound', dia pasti tidak akan mengahwini Kevin Federline. Penari sokongan ini cumalah cara Spears membuktikan pada dunia yang dia okay, tidak kisahlah sekiranya pembuktiannya itu ialah dengan mengahwini lelaki tak guna yang meninggalkan teman wanitanya yang sedang hamil untuk bersamanya. Baguslah. Britney boleh buktikan yang dia cukup subur untuk melahirkan dua orang anak dengan seorang lelaki tak guna, sementara Federline pula boleh gunakan populariti bekas isterinya untuk menghasilkan album rap dan mengadakan parti mewah. Satu sama?

HEIDI & SPENCER PRATT
Tahap Popular: 8/10
Bakat Sebenar: 4/10

Heidi Montague menjadi terkenal kerana menjadi rakan Lauren Conrad dalam siri realiti TV "The Hills". Kemudian dia mengahwini Spencer Pratt dan ia menjadikan lelaki itu terkenal. Spencer memiliki seorang kakak bernama Stephanie dan dia juga menjadi terkenal selepas perkahwinan adiknya. Rantaian populariti tanpa sebab ini terus berlangsung selagi tiada sesiapa cuba untuk mengharamkan pasangan ini daripada muncul di media massa. Tidak cukup dengan itu, Heidi yang semulajadinya cantik telah membuat 90 peratus pembedahan plastik terhadap tubuh dan wajahnya sementara Spencer sibuk berleter tentang keinsafannya dan usahanya untuk lahir semula sebagai penganut Kristian yang baik.  Oh, jangan lupa tentang single auto-tune. Tidak mungkin anda akan jadi bintang tak berbakat tanpa single auto-tune!

REBECCA BLACK
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 5/10

Gadis berusia 15 tahun ini mula menjadi popular kerana lagunya "Friday" menjadi kegilaan di YouTube. Namun begitu, kegilaan itu bukan kerana ia lagu yang hebat atau kerana nyanyiannya sangat merdu bagaikan gadis Filipina Charice Pempengco yang mendapat tempat di hati peminat muzik melalui kemerduan suaranya. Tidak. Black menjadi popular kerana menyanyikan lagu yang paling bodoh di dunia (jika anda tolak ke tepi lagu "Stupid Hoe" oleh Nicki Minaj) dengan suara yang paling menjengkelkan di dunia, menggunakan teknologi yang paling berbahaya di dunia selain bom nuklear – mesin auto-tune.

MICHAEL LOHAN
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 0/10

Dia tidak memiliki bakat. Kalau bukan kerana anak perempuannya yang juga kaya dengan skandal dan masalahnya sendiri, Michael Lohan tidak akan dikenali sesiapa. Kalau bukan kerana dia bapa kepada Lindsay Lohan dan rajin menempelak media agar tidak mengganggu anaknya, tiada siapa akan peduli dengannya. Adakalanya bila anda lihat wajah Michael dan apa yang dia lakukan dalam media, anda akan terfikir, "Patutlah Lindsay Lohan jadi macam ni..."

BRISTOL PALIN
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 3/10

Dia mula terkenal kerana ibunya. Kalau bukan kerana usaha Parti Republikan yang cuba meniru usaha Demokrat (yang meletakkan Hillary Clinton dan seorang lelaki berkulit hitam bernama Barack Obama sebagai calon presiden mereka), Sarah Palin tidak akan menjadi pemain utama dalam politik Amerika. Bristol Palin juga tidak akan menjadi popular kerana hamil luar nikah. Ibunya tidak akan cuba menggunakan kehamilan itu untuk menarik hati pengundi dengan menunjukkan betapa dia menyokong kehidupan dan tidak akan membenarkan kandungan itu digugurkan. Bristol Palin tidak akan menyertai "Dancing With The Stars" selepas kelahiran anaknya dan menjadi terkenal untuk sebab-sebab yang tidak sepatutnya.

COURTNEY STODDEN
Tahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 0/10

Dia memiliki aspirasi untuk menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu auto-tune sekalipun suaranya tidaklah sesedap mana. Tak apa. Semua orang memiliki impian. Dia mengahwini bintang "Lost" Doug Hutchinson ketika berusia 16 tahun sedangkan Doug pula berusia 51 tahun. Tak apa. Cinta tak kenal usia. Kemudian dia mula menayangkan tubuh badannya di media dan melakukan aksi-aksi lucah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang masih di bawah umur sehingga semua orang mempersoalkan umur sebenarnya. Kemudian dia mula mengeluarkan rakaman YouTube yang agak aneh, lucah, mengarut dan membuatkan anda mempersoalkan kesihatan mentalnya. Kemudian dia mula menggunakan Twitter untuk menulis update yang berbaur lucah dan agak perasan. Mungkin dia terdesak untuk menjadi bintang realiti? Atau tidak sabar untuk mencapai usia 21 tahun agar boleh menjadi Playboy bunny? Atau mungkin ibunya mengahwinkannya agar dia tidak perlu lagi menjaga anak perempuannya yang tidak normal? Atau mungkin sebenarnya dia si genius yang melakukan semua itu sebagai kritikan sosial?

Err... yang terakhir tu tidak mungkin.