Ditanya apakah rahsia kecantikan wajah gadis berusia 21 tahun ini, Kilafairy lantas tersipu malu lalu memberitahu tiada apa yang mejadi amalan selain daripada membersihkan wajahnya dengan sabun Phytobar.
"Saya tidak perasan kulit wajah saya semakin cerah selepas menggunakan sabun ini. Pada mulanya saya hanya ingin mencuba kerana tertarik dengan kandungan 18 jenis herba. Saya jenis yang tidak gemar membeli produk yang menggunakan bahan kimia. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan saya," ujar Kilafairy ketika ditemui di majlis pelancaran butik miliknya, Rack di The 19 USJ City Mall, Subang Jaya.
Phytobar adalah produk keluaran Korea yang dirumus khas daripada campuran 18 jenis herba semulajadi tanpa bahan kimia yang berkualiti dipercayai mampu untuk mengurangkan jerawat, bintik hitam, mencerahkan kulit yang kusam, malah ianya berfungsi sebagai pembersih alat solek, kotoran dan minyak.
Pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jahangir Khan ini turut sempat berkongsi tips bagi mendapatkan kulit wajah cantik dan halus.
"Tiada apa-apa yang saya lakukan selain daripada mencuci muka sebelum dan selepas tidur. Penjagaan pemakanan juga penting. Oleh itu saya akan kurangkan mengambil makanan yang berminyak dan berkolestrol kerana ia boleh menyebabkan jerawat timbul di wajah."
Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal muncul dengan lagu single terbaru berjudul "Pasti" yang digubah sepenuhnya oleh bekas peserta "Akadami Fantasia" musim ketiga, Amylea.







0 comments